Pengenalan

Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.

Sehubungan itu, Surau Al-Hikmah SMK Taman Mutiara Rini telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat Surau Al-Hikmah bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.

VISI

Pusat Ilmu Membina Modal Insan Berkualiti Dunia & Akhirat

MISI

Merelisasikan Fungsi Surau sekolah Sebagai Pelengkap Pembelajaran Bagi Memupuk Nurani Pelajar Menuju Keredhaan Ilahi Melalui Pengajaran dan Pembelajaran, Ko Akademik dan Kokurikulum.

MATLAMAT

1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan solat berjemaah

2. Melaksanakan program-program penghayatan Islam seperti

a) Ceramah agama

b) Ma’al Hijrah

c) Majlis tahlil dan bacaan Yaasin

d) Maulidur Rasul

e) Israk Mikraj

f) Nisfu Syaa’ban

g) Semarak ramadhan

h) Lain-lain aktiviti berkaitan

3. Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran serta Amali Pend. Islam

4. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.

OBJEKTIF

1.  Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.

2.  Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik

3.  Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya

4.  Melatih pelajar dengan kepimpinan dan syaksiyyah Islamiah yang unggul

5.   Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa

6.  Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan  pembinaan insan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: